Cinta seorang sahabat kepada Rasulullah adalah semuli-mulia cinta dan ukhuwah yang tidak mampu dipraktikkan oleh seorang insan biasa kecuali dengan mereka yang telah melalui fasa-fasa tarbiyyah, baginda rasullah S.A.W.
Natijah kecintaan mereka dan berfana, kerananya, mereka sanggup diri mereka dibinasakan asalkan Baginda selamat, tidak terguris walau dengan sekerat duri.
Di suatu hari Abu Bakr telah dilanyak oleh kafir Quraisy di kawasan Makkah, dipukul separah-parahnya, Utbah bin Rabi'ah turut sama menerajang dengan tapak kasutnya yang berladam, menyental-nyental di seluruh mukanya, dan melanyak perutnya hingga tak kelihatan mana hidungnya mana mukanya. Kemudian diusung di dalam pakaiannya oleh Banu Tamim ke rumahnya, ketika sampai ke dalam rumah tak seorang pun menyangka yang beliau hidup lagi, disenja hari baru beliau mula bercakap, dan lafaz yang mula-mula beliau tutur, katanya: Apa yang Rasulullah buat, mereka yang melingkungi beliau pun marah dan mencelanya, kemudian mereka pun bangun dan berpesan kepada ibunya Ummu Khair: Tengoklah dia ini? dan suaplah apa saja, atau berilah minuman kepadanya, setelah ibunya bersendirian dengannya, beliau menggesa supaya Abu Bakr memakan dan meminum, tapi beliau masih lagi bertanya: Apa yang telah Rasulullah lakukan? Jawab ibunya: Demi Allah aku pun tidak ada maklumat mengenainya. Kata Abu Bakr pula: Cuba ibu pergi bertemu Ummu Jamil binti al-Khatab tanyakan dia mengenai Baginda itu? Lantas ibunya pun keluar hingga bertemu Ummu Jamil dan berkata: Abu Bakr di rumah sana bertanya khabar mengenai Muhammad bin Abdullah. Jawab Ummu Jamil: Aku tidak tahulah mengenai Abu Bakr dan tidak tahu juga mengenai Muhammad bin Abdullah? Tapi kalau pun mahukan aku pergi bersama puan menemui anak engkau itu boleh aku ke sana. Jawab Umu Khair:
Ya! Apa salahnya, beliau terus bersama-sama Ummu Jamil, didapatinya Abu Bakr terlentang membujur, Ummu Jamil menghampiri beliau dan berteriak sambil berkata: Demi Allah golongan itu telah mengerjakan kau, sebagai pembalasan kepada golongan fasik lagi kafir itu, ku berdoa semoga Allah menuntut bela dari mereka itu, kemudian bertanya Abu Bakr: Apa yang telah Rasulullah lakukan? Jawab Ummu Jamil: Ini Ibumu sedang mendengar cakapmu itu: Tak usah ragu-ragukan dia. Kata Ummu Jamil lagi: Baginda selamat dan sempurna. Tanya Abu Bakr: Di mana Baginda? Jawab Ummu Jamil: Baginda di rumah Ibnu al-Arqam. Kata Abu Bakr: Aku berjanji dengan Allah, aku tidak akan menjamah sebarang makanan pun atau meminum minuman, kecuali setelah ku menemui Rasulullah, tetapi mereka berdua menangguhkan pemergian Abu Bakr, sehingga apabila Abu Bakr kembali tenang dan orang ramai pun dah reda, mereka berdua memapah Abu Bakr hinggalah mereka masuk menemui Rasulullah (s.a.w).
Kita akan cuba paparkan di sini gambaran hidup yang sukar ditemui mengenai kecintaan dan dedikasi golongan awal terhadap diri Rasulullah (s.a.w), di dalam beberapa kejadian berasingan, di dalam penulisan ini, terutama kejadian di hari peperangan Uhud dan apa yang telah dilakukan oleh Khubaib dan mereka yang seumpamanya.
sekian sedikit perkongsian.....
soalan : apakah pengajaran yang boleh diambil ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan