Khamis, 13 Ogos 2009

ISLAM ITU HEBAT, HANYA ORG YG HEBAT MAMPU MEMIKUL ISLAM. MAKA JADILAH KITA ORG2 YG HEBAT.

Dunia hari ini telah jauh meninggalkan islam, manusia pula merasakan janggal dgn islam, islam sudah menjadi sebuah agama yg asing dalam diri seluruh insan, sesiapa yg cuba mempertahankan islam akan disisihkan, pejuang2 yg bermatian ingin mengembalikan islam sebagai manhaj kehidupan, dijadikan musuh yg harus dihancurkan.

Tetapi agama allah tetap terpelihara, oleh rijal yang terpilih. Rijal yang merindui wajah Nya. Rijal yang hidup hanya kerananya, dia merasakan dunia ini fana, hiasan dan godaan semata2, detik-detik berharga dalam hidupnya dihabiskan untuk agamanya,
Jiwanya resah melihat islam tidak berkembang, tidak lena tidurnya memikirkan nasib agama di hari esok, bimbang jugak jika sekiranya ruhnya meninggalkan jasadnya tanpa dia sempat menyumbang kepada islam, agamanya yang dicintai.

Dimanakah jiwa2 ini..??

Ya allah jadikanlah kami dari kalangan mereka…kurniakan kami

anugerah yang ada hanya pada ORANG2 YANG HEBAT ITU….

Isnin, 18 Mei 2009

al-maududi dalam kenangan.....

Abul A'la Al-Maududi lahir tahun 1903, di kota Aurangabad, Kesultanan Hyderabad (Deccan) India bagian Selatan. la dibesarkan dalam keluarga yang dikenali dengan ahli ilmu dan takwa. Bersama keluarga Inilah ia belajar bahasa Arab, ilmu Al-Qur'an, dan hadis. menghafal buku Al-Muwatha karya Imam Malik. Bergelut di media cetak sejak usia tujuh belas tahun, bergabung di redaksi surat kabar Al-Madinah.

Tahun 1926, Abul A'la Al-Maududi mulai menulis artikal-artikal al-Jihad fil Islam. Artikal2 yang akhirnya menjadi buku Besar, merupakan bantahan terhadap pemimpin besar nasional India, Ma-hatma Gandhi. Disusuli artikal kedua berjudul Al-Jihadfi Sabilillah, yang menggemparkan di tengah umat, hingga menyedarkan masyarakat, membantah kerajaan sekular ketika itu.

Ketika terjadi peristiwa pembagian India, tahun 1947, Al-Maududi berpindah ke Pakistan.
Melalui khutbah, ceramah, dan tulisannya. Pemerintah Pakistan merasa terpojok (terancam), lalu menangkapnya dan dimasukkan ke penjara bersama beberapa orang pengikutnya. Jun 1950, pemerintah membebaskan Al-Maududi dan rakan-rakannya karana tekanan masyarakat. Setelah dua puluh bulan terprosok didalam penjara.

Abul A'la Al-Maududi, yang menyuarakan Islam melalui pena dan lisannya, serta menentang penyeru Sekulerisma di anak benua India yang ingin mengikuti manhaj Attaturk.

Abul A'la Al-Maududi menampilkan pemikiran murni Islam yang bersumber dari Al-Qur'an, As-Sunnah, Dia membongkar kebohongan propaganda pengekor Barat, murid-murid orienralis, dan boneka2 Inggeris di anak benua India dan Pakistan. Juga mengungkap kehancuran peradaban Barat.


Al-Maududi dipenjara sebanyak tiga kali. Setiap keluar dari penjara, ia semakin tegar, bersemangat, dan tekadnya untuk meneruskan perjuangan yang semakin membaja. la pernah diancam hukuman mati oleh pemerintah militer yang zalim. Ancaman itu tidak melemahkan semangatnya, tidak membuatnya menyerah dan melemahkan semangatnya, untuk menyumbang kepada ummah.

Di adaptasi dari
Mereka yang telah pergi - Al-maududi

aku tengok kau..ni....

Seorang mukmin, apabila menilai seseorang, dia menggunakan akalnya yang waras, bukannya dgn hati yg gundah, merasa senang dengan kelebihan org lain dan dia tidak dikuasai nafsu dengki dan ego diri. Mengakui semuanya datang dari Allah dan akan kembali kpd Allah.

Mengiktiraf orang lain, menerima pendapat yang dilontar, sedia dikritik adalah sesuatu yang sukar. tetapi menerima hakikat seorang insan adalah bukan ma'sum (bersih dr kesilapan) adalah wajib.

Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti.

Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang walaupun berlaku perselisihan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing - masing, kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan.

begitulah sifat seorang mukmin, kata imam al-Banna, "setinggi martabat ukhuwwah mendahulukan orang lain dan membelakangi kepentingan diri (ithar) serendah2 martabat, adalah berlapang dada (salamatu sadri) dan berfikiran terbuka". sekian.... usul ke-6

Sabtu, 2 Mei 2009

kisah cinta.......

Cinta seorang sahabat kepada Rasulullah adalah semuli-mulia cinta dan ukhuwah yang tidak mampu dipraktikkan oleh seorang insan biasa kecuali dengan mereka yang telah melalui fasa-fasa tarbiyyah, baginda rasullah S.A.W.

Natijah kecintaan mereka dan berfana, kerananya, mereka sanggup diri mereka dibinasakan asalkan Baginda selamat, tidak terguris walau dengan sekerat duri.

Di suatu hari Abu Bakr telah dilanyak oleh kafir Quraisy di kawasan Makkah, dipukul separah-parahnya, Utbah bin Rabi'ah turut sama menerajang dengan tapak kasutnya yang berladam, menyental-nyental di seluruh mukanya, dan melanyak perutnya hingga tak kelihatan mana hidungnya mana mukanya. Kemudian diusung di dalam pakaiannya oleh Banu Tamim ke rumahnya, ketika sampai ke dalam rumah tak seorang pun menyangka yang beliau hidup lagi, disenja hari baru beliau mula bercakap, dan lafaz yang mula-mula beliau tutur, katanya: Apa yang Rasulullah buat, mereka yang melingkungi beliau pun marah dan mencelanya, kemudian mereka pun bangun dan berpesan kepada ibunya Ummu Khair: Tengoklah dia ini? dan suaplah apa saja, atau berilah minuman kepadanya, setelah ibunya bersendirian dengannya, beliau menggesa supaya Abu Bakr memakan dan meminum, tapi beliau masih lagi bertanya: Apa yang telah Rasulullah lakukan? Jawab ibunya: Demi Allah aku pun tidak ada maklumat mengenainya. Kata Abu Bakr pula: Cuba ibu pergi bertemu Ummu Jamil binti al-Khatab tanyakan dia mengenai Baginda itu? Lantas ibunya pun keluar hingga bertemu Ummu Jamil dan berkata: Abu Bakr di rumah sana bertanya khabar mengenai Muhammad bin Abdullah. Jawab Ummu Jamil: Aku tidak tahulah mengenai Abu Bakr dan tidak tahu juga mengenai Muhammad bin Abdullah? Tapi kalau pun mahukan aku pergi bersama puan menemui anak engkau itu boleh aku ke sana. Jawab Umu Khair:

Ya! Apa salahnya, beliau terus bersama-sama Ummu Jamil, didapatinya Abu Bakr terlentang membujur, Ummu Jamil menghampiri beliau dan berteriak sambil berkata: Demi Allah golongan itu telah mengerjakan kau, sebagai pembalasan kepada golongan fasik lagi kafir itu, ku berdoa semoga Allah menuntut bela dari mereka itu, kemudian bertanya Abu Bakr: Apa yang telah Rasulullah lakukan? Jawab Ummu Jamil: Ini Ibumu sedang mendengar cakapmu itu: Tak usah ragu-ragukan dia. Kata Ummu Jamil lagi: Baginda selamat dan sempurna. Tanya Abu Bakr: Di mana Baginda? Jawab Ummu Jamil: Baginda di rumah Ibnu al-Arqam. Kata Abu Bakr: Aku berjanji dengan Allah, aku tidak akan menjamah sebarang makanan pun atau meminum minuman, kecuali setelah ku menemui Rasulullah, tetapi mereka berdua menangguhkan pemergian Abu Bakr, sehingga apabila Abu Bakr kembali tenang dan orang ramai pun dah reda, mereka berdua memapah Abu Bakr hinggalah mereka masuk menemui Rasulullah (s.a.w).

Kita akan cuba paparkan di sini gambaran hidup yang sukar ditemui mengenai kecintaan dan dedikasi golongan awal terhadap diri Rasulullah (s.a.w), di dalam beberapa kejadian berasingan, di dalam penulisan ini, terutama kejadian di hari peperangan Uhud dan apa yang telah dilakukan oleh Khubaib dan mereka yang seumpamanya.

sekian sedikit perkongsian.....

soalan : apakah pengajaran yang boleh diambil ?

Selasa, 21 April 2009

penjara....MESIR

Saya tertarik untuk berkongsi kisah seorang Mujahidah terkenal, Zainab Al-Ghazali yang telah pulang ke rahmatullah bulan Ogos 2005 yang lalu. Jadikan kisah ini sebagai pedoman, iktibar serta muhasabah.

Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al- Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.

Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: “Dalam perjuangan ku tidak bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah” Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali

Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telah dirancangkan. Sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab di tahan setelah di tangkap semula, setelah di bebaskan pada tahun 1964.

Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta, dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran. Setelah sampai ke penjara ia diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajar dihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali. Dengan kata-kata yang kasar, ia diheret kebilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hati saya. “Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan denganperkara yang Engkau redhai”.

Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catitan, yang saya tahu itu adalah buku catitan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

Di waktu itu saya mendengar azan ‘Asar… saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyelamatkan saya dari “keganasan syaitan”. Saya dapat menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yang diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya berdoa “Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang jahat.”

“ mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.”


Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya… saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya… dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa “Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!”

Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah… itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.T bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.

Beliau mengeluh dan merasai ni’mat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.

Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merubak rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka.

Waktu itu hari hampir ‘Isyak… kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai… Saya berserah bulat kepada Allah S.W.T kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk… dilepaskan pula udara sejuk.

Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser (la’natullah ‘alaih) kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk… dan macam-macam lagi penyeksaan… dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota… menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali.

Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata “Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali”. Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.

Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita… yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki… dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur — Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al- Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.

Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai “spy” adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain.

Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada ALlah S.W.T, kerana Allah S.W.T lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan. Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda “Syaitan diharamkan menyerupai ku”. Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.

Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam.

Isnin, 20 April 2009

PENJARA.......israel

rayuan Ibu untuk anak….nya

Pegawai keselamatan dalaman Israel di Penjara Talmond (khusus untuk wanita) telah melarang dua orang kanak-kanak Palestin daripada bersama-sama dengan mereka ibu-ibu mereka setiap hari untuk lebih dari tiga bulan, sehingga membawa kepada kemerosotan bagi keadaan kesihatan mereka.

Sima Anbas yang bertanggungjawab terhadap banduan-banduan wanita berkata dalam satu kenyataan bahawa, selama 10 bulan bayi perempuan bernama Ghada Jasser dan ibunya Khawla Zeitawi dan selama 14 bulan bayi lelaki bernama Bara’ dan ibunya Samar Subaih hidup dalam serba kekurangan sejak 10 Mei 2007

Anbas memberitahu keputusan itu hadir semasa kedatangan musim panas di mana bilik kurungan bawah tanah penjara Israel telah menjadi "neraka yang tak tertahan".Beliau menambah sel-sel kurungan dalam keadaan suhu tinggi dan berada di bawah kelembapan.

Beliau menjelaskan kedua-dua budak kecil itu mungkin telah mula menghidap penyakit dalam sistem pernafasan mereka, dan menambah "ruangan sel-sel kecil itu tidak membenarkan mereka untuk bergerak lebih daripada dua langkah".

Anbas berkata dia menerima satu pesanan daripada kedua-dua ibu tersebut yang merayu kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan kepada Ahli Parlimen berkaitan persoalan banduan-banduan yang untuk memberi tekanan kepada pegawai Israel bagi membatalkan keputusan itu dan membenarkan kedua-dua anak kecil itu keluar dari sel. Beliau menambah bahawa kedua-dua ibu mengancam untuk mengadakan satu mogok lapar sekiranya tuntutan-tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Mesej menyatakan bahawa kedua-dua ibu itu cuba menyakinkan pegawai penjara Israel untuk menarik balik keputusan mereka dan untuk memberitahu sebab-sebab mereka berbuat demikian tetapi gagal..... wallahul musta'an

PENJARA ......akal

Kalau nak dikatakan org yg mempunyai masa depan yg cerah, sudah tentu ade org yg mempunyai mase depan yg gelap. itu semua bergantung kepada bagaimane dia planning mese depan die……

berfikir diluar kotak amat membantu kite jd org yg berjaya…, membuat sesuatu dgn mengetahui hasilnya adalah sebaik-baik cara, Allah mengajar hamba melakukan sesuatu dgn 3 step

amalan —- dosa @ pahala ——- neraka @ syurga

439083918l1 Pengajarannya merancang lah mase depan kite bukan sebagai manusia biasa, tetapi sebagai muslim dan mukmin yg berjaya