Selasa, 26 April 2011

Air


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Air adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang sangat Istimewa, kerana ape? Lihatlah diri kita juga diciptakan dari setitis air. Air mempunyai molekul yang sangat kecil sehingga air kadang2 dianggap tidah berharga. Badan mansia pun terdiri dari 80% air atau bendalir, sehingga manusia mampu berlapar tetapi tidak mampu untuk berdahaga.

Dalam pembinaan sebuah bangunan, banyak benda-benda kecil yang terbina antara satu sama lain, antaranya paku, skru, simen,pasir,besi, kaca,getah dan lain2 tetapi yang paling kecil adalah..air. Tiang kongkrit yang terbina hanyalah dari benda2 yang kecil. pasir, simen,besi dan air. Semuanya akan dianggap lemah jiga tiada air, air lah yang menggabungkan semua bahan tadi. dengan air yang lemah dan kecil boleh membangunkan sebuah bangunan yang tinggi dan kukuh.

Sifat air jugak lembut, jauh sangat lembut jika dibanding simen,pasir dan besi. tetapi dengan sifat kelembutannya ia bisa mangukuhkan konkrit.Hati-hati dengan air, besi yang kuat dan mampat akan berkarat jika terkena air, lama kelamaan akan mereput pula. Begitu juga batu yang keras dan besar akan berlubang hanya dengan titisan air.

Subhanallah...makhluk ape kah ini

Kita dikurniakan rezeki dengan air, sungai yang mengalir, ade ikan, mengairi tanaman, memberi rezeki kepada tananman dan seluruh insan, lautan yang luas sehinggakan tak terdaya manusia nak manaklukinya. Air paip kat rumah menjadi rezeki kepada kite..
so ..bersyukurlah kepada Allah Pemberi rezeki, tanpa mengira batas-batas hambanya. Sedangkan dosa hambanya setinggi gunung pun Allah masih melimpahkan rezekinya,
jangan sampai kite kufuri nikmatNya..sbb
Air yang kecil dan lemah itu boleh menjadi Tsunami yang ganas, menerkam semua manusia tanpa mengira muda atau tua ,kaya atau miskin, beriman atau kufur. Menjadi banjir besar menenggelamkan segala kemewahan dan harta benda.
Sedikit masa yang ada, kesempatan yang diberikan marilah kita menyumbang tenaga, fikiran dan segalanya untuk ummah tercinta, jangan sampai kite berhenti bernafas, sedangkan disekeliling kite "jahiliyyah melata", ummah dibanjiri maksiat, Tsunami nafsu menerkam dan menguasai remaja. sesungguhnya acuan binaan Ummah sudah bercampur baur, tiada asas-asas yang kukuh, tidak seperti air yang suci membina bangunan yang kukuh. ummah ini harus dibina dengan generasi Al-quran dan sunnah
Konkrit nya harus terdiri daripada pemuda, pemudi, remaja yang jiwanya tulus dan tegar seperti Rsulullah, hatinya Lembut seperti hati Rasulullah, tenang, dan halus dalam menyelesaikan konflik dan masalah Ummah, besifat menggabung bukan pemecah, bisa menghilangkan dahaga Ummah dengan siraman keimanan dari tangan jiwa-jiwa yang beriman. insya Allah suatu ari nanti Islam akan kembali dijulang, Hakimiyyah Allah akan terlaksana, Islam akan dihormati,

Ku berdoa agar Allah menjadikan aku dari kalangan mereka.